Wednesday, 13 April 2011

BAB 1 : PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

1.1.PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN
 
A. DEFINISI
-Perniagaan boleh dimaksudkan sebagai aktiviti membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan
 dngan bermotifkan keuntungan.
-contohnya : seorang peniaga membeli satu kotak biskut dengan purata harga 0.40 sen sebungkus
 dan menjualnya semula dengan harga 0.80 sen kpd pelanggan maka dia memperoleh untung kasar
 sebanyak 0.40 sen bagi setiap bungkus.


 4 UNSUR PENTING DALAM PERNIAGAAN
    I)Memuaskan keperluan dan kehendak
   -pengguna mempunyai kepeluan asas spt makanan , minuman .tempat tinggal , dan pakaian.
   -kehendak pengguna berubah mengikut citarasa individu sendiri.
   -contohnya : Fesyen pakaian berubah mengikut citarasa dan trend gaya terkini.

   II)BARANGAN DAN PERKHIDMATAN
  -barangan ialah produk fizikal spt kereta atau baju yang di keluarkan untuk pengguna dan perniagaan-
    perniagaan lain.
  -Contohnya : Insurans , Doktor , dan peguam.

   III)PERTUKARAN NILAI
    -merujuk kepada segala aktviti urus niaga dengan pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada
     penjual sebagai pulangan pada produk yang didapatinya.
   -melibatkan pertukarang wang
     contohnya : jika beli sekilo gula dia harus bayar satu nilai tertentu kepada pekedai.

    IV)KEUNTUNGAN PERNIAGAAN
    -Matlamat utama semua perniagaan
    -kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi sesuatu perniagaan yang bersaing di pasaran.
    - Diperoleh setelah segala kos pengeluaran,kos operasi, dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan.



B. PERBEZAAN ANTARA ORGANISASI PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN

ORGANISASI PERNIAGAAN
  • Terlibat dalam pengeluaran dan penjualan dengan objektif mendapat keuntungan.
  • Berdaftar dengan pejabat pendaftar perniagaan atau pendaftar syarikat.
  • pembiayaan daripada rakan kongsi, simpanan peribadi, atau pinaman dari institusi kewangan.

ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN
  • Memenuhi keperluan awam tanpa memikirkan keuntungan.
  • Berdaftar dengan pejabat pendaftar pertubuhan.
  • pembiayaan melalui yuran keahlian, derma, dan, kutipan daripada orang awam dan sektor swasta.

DEFINISI KEUNTUNGAN
  • Baki pendapatan setelah ditolak semua perbelanjaan pengeluaran dan pemasaran produk ditolak daripada jumlah pendapatan.



C. PERNIAGAAN DAN UNTUNG
  • Keuntungan menjadi matlamat utama sesebuah oraganisasi perniagaan kerana keuntungan merupakan kayu pengukur kejayaan organisasi tersebut.
  • keuntungan merupakan ganjaran bagi sesebuah perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.
  • keuntungan penting bagi tujuan pertumbuhan sesebuah organisasi perniagaan.
  • keuntungan syarikat ilah salah satu sumber pendapatan kerajaan.



D. PERNIAGAAN DAN EKONOMI
  • Perniagaan adalah faktor penting dalam ekonomi sesebuah negara kerana aktiviti perniagaan dpt meningkatkan pendapatan sesebuah negara tersebut.
  • ia bermaksud, apabila prestasi perniagaan itu baik, keadaan ekonomi juga akan menjadi baik, dan sebaliknya.
  • aktiviti perniagaan yamg dikawal rapi akan membantu mengurangkan kadar inflasi dan akan menyumbang ke arah kestabilan ekonomi sesebuah negara.



E. PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT
  • memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat.
  • menyediakan peluang-peluang pekerjaan.
  • memberikan kesan positif ke arah pembangunan infrastruktur.
  • menjalankan tanggungjawab sosial spt memeberikan perhatian keppada kebaikan masyarakat. Misalnya, melindungi persekitaran dan memberikan sumbangan derma kepada badan-badan kebajikan.
  • membuat bayaran cukai keuntungan kpd kerajaan agar keuntungan tersebut dpt digunakan oleh kerajaan untuk melakukan pembangunan.


F. FAKTOR PENGELUARAN
   
   -Sumber yang dugunakan dalam proses pengeluaran ialah :
  • TANAH : merupakan sumber alam yg berharga atau produktif yg boleh digunakan utk pengeluaran barangan atau perkhidmatan.
  • BURUH : sumber manusia yg diperlukan utk menukarkan bahan-bahan mentah kpd barangan atau perkhidmatan.Buruh dapat dikelaskan kpd buruh mahir, separuh mahir, dan tidak mahir.
  • MODAL : Merujuk kpd bentuk kewangan, bahan mentah, peralatan, kelengkapan, jentera, atau bangunan yang digunakan untuk pengeluaran barangan atau perkhidmatan.
  • USAHAWAN : Merupakan orang yg merancang aktiviti perniagaan dengan menggabungkan dan menggunakan kombinasi faktor-faktor pengeluaran yang ada.



G. KEPERLUAN DAN KEHENDAK
  1. KEPERLUAN
  • Keperluan merujuk kepada sesuatu kemestian yang terhasil secara semulajadi dlm diri manusia tetapi boleh di pengaruhi oleh aktiviti pemasaran.
  • membolehkan manusia hidup pd tahap keselesaan yang minimum.
  • keperluan meliputi keperluan fisiologi, keselamtan, sosial, penghargaan diri, dan pencapaian hasrat diri.
  • Contohnya : tempat tinggal, makanan, pakaian, dan kesihatan.
   2.    KEHENDAK
  • Kehendak ialah satu benyuk keinginan manusia yang dibentuk oleh budaya dan personaliti seseorang individu.
  • membolehkan manusia menjadi lebih selesa dan seronok.
  • kehendak adalah terhad dan berbeza antara individu.
  • Contohnya : rumah banglo dan pakaian berjenama.



H. PROSES PERNIAGAAN

  • Proses perniagaan merupakan satu siri kerja mengikut peringkat yg perlu diikuti dalam menghasilkan barangan atau perkhidmatan.
  • proses perniagaan melibatkan 3 peringkat iaitu :
           1)menerima input untuk membangunkan barangan atau perkhidmatan.
           2)memproses input untuk menguruskan permintaan.
           3)mengeluarkan baranganatau perkhidmatan utk memenuhi pesanan.
  • proses ini mewujudkan nilai tambahan kpd input sehinggalah terhasilnya output.
  • output sama ada dalam bentuk produk atau perkhodmatan akan dijual untuk mendapatkan keuntungan atau pulangan ke atas pelaburan.


I. PERNIAGAAN MASA KINI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN MASA HADAPAN
  • Boleh di bahagikan kpd perniagaan dm negeri dan luar negeri.
  • perniagaan dalam negeri termasuk runcit dan borong.
  • perniagaan luar negeri terdiri daripada eksport, import, dan entreport.
  • perkembangan aktiviti perniagaan masa kini boleh dilihat melalui peningkatan kualiti kehidupan manusia semakin hari semakin baik.
  • aktiviti perniagaan masa hadapan tidak di batasi oleh sempadan tertentu iaitu 'dunia tanpa sempadan'.
  • urus niaga pd masa hadapan boleh dijalankan secara global sepanjang masa sama ada di dalam atau luar negeri.
  • perniagaan masa hadapan lebih bergantung pada penguasaan sistem teknologi maklumat.
  • perdagangan elektronik , internet, dan kad pintar yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat, sesebuah syarikat atau peniaga boleh melakukan urus niaga jual bei di mana-mana sahaja didunia ini.
     CABARAN PERNIAGAAN MASA HADAPAN :
  1. kekurangan sumber tenaga yang smakin ketara.
  2. pentingnya perniagaan di peringkat antarabangsa.
  3. cabaran teknologi.
  4. meningkatkan produktiviti.
  5. pentingnya tanggungjawab sosial di kalangan syarikat perniagaan.




1.2. PERSEKITARAN PERNIAGAAN

      A.PERSEKITARAN UMUM
         Terdapat beberapa elemen-elemen :
  1. ekonomi
  2. persaingan
  3. politik dan perundangan
  4. fizikal
  5. teknologi
  6. sosiobudaya
B.PERSEKITARAN TUGAS
  • PELANGGAN
  • PEMBEKAL
  • PEMBIAYA DAN PEMODAL
  • PESAING
  • KERAJAAN
  • PEKERJA
  • KOMUNITI SETEMPAT




1.3.ENTITI PERNIAGAAN

     A. Empat bentuk perniagaan :
  1. Tunggal
      -sejenis perniagaan yang dimiliki dan dikawal oleh seoranh individu.
  2. Perkongsian
    - sejenis perniagaan yg di bentuk secara gabungan dan persetujuan antara dua atau lebih individu   dengan tujuan mendapat keuntungan.
  3. syarikat
    -satu unit perniagaan yg terdiri daripada individu-individu yg menyumbangkan modal dalam bentuk saham biasa dan bersetuju untuk berkongsi untung dan rugi.
  4. koperasi
    -satu organisasi perniagaan yang ditubuhkan secara sukarela untuk menjaga kepentingan ahli-ahlinya berdasarkan kpd falsafah kerjasama.


     B. Perniagaan jenis Huluan dan Hiliran
  • HULUAN
    melibatkan perniagaan yg menghasilkan keluaran daripada sumber-sumber semulajadi spt bahan galian tanaman, da ternakan.Contohnya petroleum, kayu balak, sus dan daging lembu.
  • HILIRAN
    melibatkan kegiatan permiagaan yg berkaitan dgn aktiviti perniagaan jenis huluan.Contohnya industri yg memproses kayu balak utk menjadi papan lapis dan kilang yg memproses susu lembu utk menjadi mentega.
















Harap anda dapat memanfaatkan dari Nota yang kami sediakan khas buat calon- calon STPM..
TERIMA KASIH !



No comments:

Post a Comment